TMJ ‘Basuh’ Pengurusan Selangor
MakanBola
hrhcrownprinceofjohor/ Selangor FC

Umum mengetahui Selangor FC telah tersingkir daripada saingan Piala Malaysia musim ini selepas tewas 1-3 secara agregat kepada Terengganu FC.

Susulan kegagalan yang melanda kem Selangor, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim telah berkongsi pendapat mengenai apa yang telah berlaku kepada pihak pengurusan ‘The Red Giant’ itu.

Ad

“45 juta duit kerajaan setiap tahun. 8 tahun tiada apa-apa dan hanya scam penyokong sendiri. 8 tahun hina pengurusan lama tetapi claim kejayaan mereka. 8 tahun mendabik dada. 8 tahun cepat berpuas hati. 8 tahun baling batu sembunyi tangan.

Ad

“8 tahun create hype, dan apabila gagal play victim/berpura-pura jadi mangsa dibuat orang. 8 tahun diuruskan kaki scam duit kerajaan. Jikalau kepala tak betul, ekor pun tak betul,” luah baginda di instagram story rasmi baginda.

TMJ 3 1 TMJ 'Basuh' Pengurusan Selangor
Kata-kata TMJ yang diluahkan di instagram story milik baginda.

Dalam masa yang sama, baginda juga hairan dengan kata-kata yang menyalahkan jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe. Ini kerana, yang membuat keputusan untuk membawa masuk pemain-pemain ke dalam pasukan adalah keputusan pihak pengurusan.

Ad

“Yang membuat semua keputusan dan beli players pihak pengurusan, so buat apa nak salahkan coach? Cuba pakai otak. Lebih teruk lagi apabila ada owner tak tahu apa-apa pasal bola sepak,” luah baginda lagi.

Ad
TMJ 2 1 TMJ 'Basuh' Pengurusan Selangor
Tangkap layar dari instagram story rasmi baginda TMJ.

Dengan tersingkirnya Selangor dari Piala Malaysia, ini bermakna Terengganu bakal mengiringi JDT dan Kuala Lumpur City ke separuh akhir. Satu lagi slot separuh akhir akan ditentukan malam ini di antara Sabah FC dan Perak FC.

Ad