TMJ Berhati Emas, Jiwa Bola Sepaknya Sering Disalah Erti
Blog
Johor Southern Tigers
Advertisements

Usaha Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) untuk melihat bola sepak Malaysia terus maju dan berkembang pesat diusahakan dengan pelbagai cara.

Baginda memacu kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan penuh pencapaian gemilang sehingga menjadikan jenama JDT mekar di serata dunia.

Bukan itu sahaja, usaha murni ini diteruskan apabila Baginda amat cakna dan prihatin terhadap pelbagai isu yang melanda bola sepak Malaysia dari pelbagai sudut.

Advertisements

Teguran-teguran membina daripadanya terutamanya mengenai isu padang sehinggalah perkara yang melibatkankan kebajikan pemain tidak pernah terlepas dari pandangannya.

Baginda juga secara terbuka menunjukkan niat murninya apabila menyambut baik delegasi untuk datang mengadap.

Sungguhpun bergelar seteru di dalam dan luar padang, TMJ menunjukkan sifat terpuji apabila sudi berkongsi ilmu dan pengalamannya untuk menguruskan bola sepak yang berjaya.

Advertisements

Sebelum ini, menerusi beberapa hantaran di laman rasmi Johor Southern Tigers, TMJ telah pun menerima delegasi seperti Dulu Yang Amat Mulia, Raja Muda Selangor (RMS) sungguhpun bergelar pesaing terhebat dalam arena bola sepak tempatan.

Baginda juga memaklumkan bahawa terdapat pelbagai perkara mengenai bola sepak yang dibincangkan demi manfaat bersama.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu kenyataan pernah memberitahu bahawa kedatangannya adalah untuk ‘belajar dari yang terbaik’ sekaligus memberi jawapan terbaik bagaimana percaturan yang dibawa oleh JDT dan TMJ dalam merevolusikan bola sepak Malaysia.

Advertisements

Baru-baru ini, Baginda sempat menerima delegasi dari pemilik Kelab Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Daud Bakar mengadap bagi bertukar idea dan pandangan tentang pelbagai perkara khususnya bola sepak.

Segala usaha murni Baginda TMJ ini hanyalah untuk melihat bola sepak Malaysia terus maju dengan idea-idea pembangunan yang nyata memberi impak yang cukup besar dan bermanfaat.

JDT kini menjadi contoh terbaik bagaimana dengan pengurusan yang betul, sesebuah kelab itu dapat menempa pelbagai kejayaan yang cukup gemilang sekiranya semua pihak benar-benar telus cintakan bola sepak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram