TMJ Cuma Ambil Berat, Bukan ‘Control’ FAM
FAM
Advertisements

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sedar terlalu banyak tanggapan yang salah dalam kalangan penyokong apabila melihat kemesraan yang terjalin antara beliau dengan pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

Ramai yang melihat FAM seperti sentiasa tunduk kepada permintaan atau kehendak TMJ sama ada ia membabitkan skuad kebangsaan ataupun perjalanan saingan liga, sehinggakan Hamidin dilabel sebagai ‘pak turut’ dan tidak berani membuat sebarang keputusan sendiri.

Walaupun berpendapat tidak perlu untuk melayan spekulasi tidak berasas seperti itu, Hamidin tetap tenang memberikan penjelasan agar salah faham tidak berpanjangan.

Advertisements

“Hubungan saya dengan Tunku Ismail macam kawan rapat. Tunku Ismail tak pernah arahkan saya untuk buat keputusan menyebelahi pihak tertentu.

“Tunku Ismail selalu tanya pandangan saya dalam bola sepak dan beliau juga tidak lokek berkongsi pandangan dan cadangan yang bernas.

“Kalau ada orang kata FAM dikawal pun tak betul. Sebaliknya Tunku Ismail selalu ambil berat tentang bola sepak dan banyak membantu pasukan kebangsaan.

Advertisements

“Apa orang nak kata itu terpulang kepada mereka, kita tak boleh nak tutup mulut semua orang,” kata Datuk Hamidin dipetik daripada laporan BH Sukan.

Sebagai rekod, Tunku Ismail merupakan bekas Presiden FAM dan selepas berundur pada 2018, beliau sendiri yang mencadangkan nama Hamidin sebagai pengganti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram