TMJ Dedah Cerita Sebenar Tentang Daniel Ting
Dunia
johor southern tigers
Advertisements

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menjelaskan berkenaan isu Daniel Ting menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tujuan utama adalah untuk memberi saingan kepada Corbin Ong kerana bagi pandangan Baginda ketika ini tiada pemain yang mampu beri saingan di posisi tersebut.

“Jika saya melihat posisi di pertahanan kiri, kita tiada siapa-siapa yang memberi saingan kepada Corbin Ong dan saya tidak mahu beliau begitu selesa dgn posisi tersebut. 

Advertisements

TMJ dalam pada itu menyatakan bahawa Daniel Ting bersetuju untuk mengambil vaksin dan mahu meneruskan kariernya di Liga Malaysia bersama JDT.

“Daniel Ting ada di England (status Free Agent) dan saya bertanya bagaimana mahu membawanya ke Malaysia sedangkan beliau masih belum di vaksin.

“Selepas saya berhubung dengan Daniel Ting, beliau setuju untuk mengambil vaksin dan mahu menyambung kariernya di JDT.

Advertisements

Baginda berpendapat bahawa amat penting untuk memantapkan ‘squad depth‘ di setiap posisi untuk mengekalkan konsistensi dalam pasukan.

“Adalah amat mustahak untuk ada dua tiga pemain di setiap posisi,” jelas TMJ dalam sidang media bersama penyokong di Facebook JDT semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram