TMJ: Ingat Projek Baharu Yang Saya Beritahu Awak
Liga Super
@syamer14
Advertisements

Selepas lama tidak beraksi selepas mengalami kecederaan lutut, akhirnya Syamer Kutty Abba dapat menjalani semula latihan bersama JDT. Semua ini takkan berlaku bantuan dan sokongan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pengurusan pasukan.

Atas sebab itu, bekas pemain tengah Penang itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantunya mengharungi proses pemulihan kecederaan yang lama.

Selepas lama tidak beraksi di atas padang, Syamer juga berazam mahu memperaga aksi lebih baik sebagai jeneral tengah untuk JDT dan pasukan kebangsaan.

Advertisements

“Alhamdulillah selepas 212 hari berhempas pulas dan bekerja keras, kini saya kembali melakukan perkara yang paling saya sukai (bermain bola sepak).

“Saya cuma ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada @hrhcrownprinceofjohor (Tunku Ismail) dan JDT kerana memberikan penjagaan terbaik untuk memulihkan kecederaan saya sejak hari pertama.

Advertisements

“Terima kasih kepada semua kakitangan kejurulatihan, keluarga dan rakan yang bersama saya. Kini tiba masanya untuk meningkatkan prestasi dan menjadi pemain yang lebih baik,” katanya dalam satu catatan di Instagram.

Sebaik dimuatnaik di laman media sosial itu, ramai pemain JDT mengalu-alukan semula kehadirannya seperti Matthew Davies, Akhyar Rashid dan Hong Wan.

Advertisements

Malah, TMJ jugs turut menulis satu komen yang berbunyi, “Ingat projek baru yang saya beritahu awak.”

Syamer mengalami kecederaan lutut sekitar Julai tahun lepas. Susulan itu, dia dihantar ke Barcelona oleh pengurusan JDT untuk menjalani pembedahan agar pemulihannya berjalan dengan baik.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram