TMJ Akui Ada Terfikir Untuk Lepaskan Jawatan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Malam tadi telah berlangsungnya satu temu bual khas dalam rancangan bola@mamak bersama Hafizal Hamad, Asmawi Bakiri dan Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris yang membincangkan serba serbi berkaitan dunia bola sepak Malaysia dari pelbagai sudut.

Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Idris dalam rancangan tersebut telah ditanya Hafizal Hamad berkaitan khidmat dan masa depannya bersama kelab, adakah itu cerita dongeng atau sekadar populariti. TMJ menjelaskan bahawa komen awal beliau berkaitan ingin meninggalkan JDT tempoh hari bukanlah untuk meraih populariti.

“Saya tak perlu raih populariti sebab saya dah popular. Jadi berkenaan mahu meninggalkan JDT, ia bukan satu perkara yang mudah kerana ia memainkan emosi yang sangat berbeza.”

Advertisements

TMJ turut memberikan dua situasi dan faktor yang turut menyukarkan beliau untuk meninggalkan Johor Darul Ta’zim.

“Satu kerana saya yang melahirkan kelab ini dengan polisi, pembangunan dan juga dengan kejayaan-kejayaan yang ada. Kedua berkaitan keyakinan daripada penaja, jurulatih dan pemain.”

Sebelum ini, baginda menegaskan bahawa masih dalam dilema. Menurut beliau, keputusan untuk meninggalkan pasukan Harimau Selatan bakal memberi risiko yang sangat tinggi kepada kestabilan pasukan tersebut.

Pemilik JDT ini memaklumkan bahawa beliau masih berteka-teki untuk membuat keputusan samada terus menerajui kelab atau meninggalkan kelab.

“Sekarang ini saya masih dalam keadaan 50-50 untuk membuat keputusan. Saya masih berfikir tentang pelabur-pelabur serta pemain. Mereka pasti akan pergi setelah saya tiada.”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram