TMJ Ingin Terlibat Perkasakan Bola Sepak Wanita
Harimau Malaya
HRH CROWN PRINCE OF JOHOR
Advertisements

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim tidak menolak kemungkinan bahawa baginda akan turut terlibat dalam memperkasakan bola sepak wanita di Malaysia.

Kelab kesayangannya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sudah dikenali dan gah berdiri di persada bola sepak Asia dan juga Eropah setelah beberapa kejayaan yang telah dikecapi sejak 10 tahun lalu.

JDT yang kini mempunyai pasukan senior, remaja dan terbaru, pasukan futsal semakin bercita-cita tinggi untuk meluaskan empayarnya dengan menceburi arena bola sepak wanita.

Advertisements

Walaupun bagaimanapun, TMJ buat masa ini sudah pun mencongak langkah sungguhpun masih belum ada rancangan untuk menubuhkan pasukan bola sepak wanita, Malah, Tunku Ismail bersedia merealisasikan penubuhan pasukan tersebut dengan syarat bajet kelab bertambah baik.

“Ada juga macam contoh, kita pun tak ada pasukan futsal, baru ini kita ada pasukan futsal. Insya Allah, pada masa akan datang, apabila bajet kami lebih baik, kami akan ada pasukan bola sepak wanita juga,” titahnya dalam temubual eksklusif di segmen Bekpes Hot FM bagi menjawab persoalan yang dikemukakan penyampai radio Farah Fauzana.

Hal ini juga sejajar dengan perancangan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mahu sukan bola sepak wanita ini menjadi tidak asing kepada wanita di Malaysia.

Advertisements

Malah, beliau juga yakin usaha ini dapat diteruskan menerusi pelbagai agenda yang dirancang rapi oleh pihaknya dengan kerjasama beberapa badan yang lain.

Skuad bola sepak bawah 20 tahun negara bagaimanapun pulang awal dalam Kelayakan Piala Asia B-20 selepas tewas kepada Kemboja dan Myanmar dalam peringkat kumpulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram