Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris (TMJ) dalam satu sesi sidang media hari ini telah menceritakan sedikit sebanyak pengalaman dan warna-warni bagindang sepanjang menerajui dan menjadi pemilik kelab.
TMJ menjelaskan bahawa adalah sukar untuk menjaga sesebuah kelab bola sepak kerana ia melibatkan penyertaan banyak pihak. 30 pemain yang berada dalam sesebuah skuad memiliki gaya berfikir berbeza dan iainya sukar untuk mencapai kesepakatan.
“Jaga kelab bola sepak ini bukan senang, nak jaga 30 orang pemain dalam bilik persalinan itu bukan senang. Masing-masing ada pemikiran tersendiri.”
Baginda juga mengakui bahawa satu cabaran besar yang perlu beliau galas sepanjang mengurus kelab. Menjaga kelab ini bukan senang seperti yang ramai sangkakan.
“Jaga kelab bola sepak ini mencabar. Ramai orang yang rasa senang tetapi bila mereka dah ada tanggungjawab untuk mentadbir, ia bukan kerja yang senang untuk mentadbir dalam dan juga luar padang,” ujar TMJ.
TMJ dalam pada itu turut menegur beberapa pengurusan kelab yang sering menabur harapan buat para penyokong. Bagi TMJ, sebelum memberi janji manis kepada penyokong, kukuhkan kelab terlebih dahulu.