TMJ Mahu Jualan Tiket JDT Disalurkan Kepada Mangsa Banjir Johor
Inspirasi
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dengan situasi banjir di negeri Johor masih belum reda, pelbagai bantuan mula dihulur bagi meringankan penderitaan mangsa yang terjejas. Terbaru, Tunku Mahkota Johor (TMJ) merangkap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mahu jualan tiket pasukan sehingga akhir bulan Ramadan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir Johor.

Hal ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards dalam satu pengumuman yang dibuat di setiap akaun media sosial rasmi pasukan hari ini.

“DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menitahkan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim agar kesemua jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim sehingga akhir Ramadan disalurkan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di negeri Johor.

Advertisements

“Ini melibatkan perlawanan Liga Super menentang Kelantan (11 Mac), Sabah (31 Mac), Kedah (9 April) dan perlawanan Piala FA bertemu PDRM (14 April). Kesemua dana akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir melalui pejabat-pejabat daerah di negeri Johor,” katanya.

Sebaik pengumuman ini disiarkan, ia mendapat maklum balas positif penyokong JDT. Ini kerana ini menunjukkan TMJ amat cakna dengan situasi semasa dan berusaha membantu orang-orang yang susah agar dapat bangkit daripada bencana alam yang menimpa mereka.

Johor ketika ini merekodkan 45,048 orang mangsa termasuk 12,746 keluarga yang berada di 186 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram