TMJ Minta Daud Bakar Nasihatkan Sanusi

Sanusi TMJ DaudBakar TMJ Minta Daud Bakar Nasihatkan Sanusi
Foto: Kedah Darul Aman/Johor Southern Tigers
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pada semalam telah meminta pemilik kelab Kedah Darul Aman, Datuk Dr. Daud Bakar agar menasihati Presiden Kedah FA, Dato’ Seri Haji Sanusi Md. Nor. 

Dalam satu hantaran di Instagram Dr. Daud Bakar, TMJ tampil memberi teguran terbuka di ruangan komen. TMJ memulakan tulisannya dengan ucapan salam serta mendoakan kesejahteraan dan kejayaan buat pasukan Kedah Darul Aman. 

Advertisements

“Salam Tan Sri. Saya pernah berjumpa dengan Tan Sri di SSI. Tan Sri orang yang baik dan saya berdoa semoga Allāh Kurniakan kejayaan buat Tan Sri dan Kedah FC.”

Dalam kesempatan itu, TMJ ingin melihat wujudnya keharmonian dan persaudaraan yang baik antara pasukan bola sepak Johor dan juga pasukan Kedah. 

Advertisements

Beliau meminta Dr. Daud Bakar supaya menasihati Menteri Besar Kedah, Dato Seri Muhammad Sanusi untuk tidak lagi menimbulkan sebarang provakasi dan membawa unsur negatif yang boleh memecah belahkan penyokong bole sepak di Malaysia. Sebagai seorang yang menyandang jawatan Menteri Besar, beliau seharusnya menunjukkan sahsiah dan karakter yang terpuji.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta Tan Sri nasihatkan sikit Menteri Besar Kedah, cukup cukuplah memecah belahkan antara penyokong bolasepak Kedah dan Johor lagi-lagi orang Islam Melayu kita.”

Advertisements

“Sudah tiba masanya untuk beliau jaga sikap dan bawa diri sebagai seseorang Menteri Besar dan bukanya “Badut”. Semoga Allah berkati Tan Sri,” tulis TMJ.

TMJ meninggalkan komen tersebut dengan kata-kata yang membawa maksud, seorang pemimpin akan melahirkan lebih ramai pemimpin sementara seorang badut akan melahirkan lebih ramai badut.

Advertisements