Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ telah menamakan individu yang dirasakan paling layak untuk menjadi pemilik Selangor FC.
Baginda menzahirkan pandangannya terhadap individu yang juga merupakan saudaranya iaitu Tengku Shakirinal Sulaiman Shah atau dikenali sebagai Tengku Nana.
TMJ meninggalkan satu pesanan pada sebuah hantaran berkenaan temubual yang dilakukan oleh portal Harimau Malaya terhadap Tengku Nana, pemilik kelab bola sepak akar umbi TSS FC.
Katanya, Tengku Nana merupakan individu yang paling layak untuk membimbing Selangor FC memandangkan beliau memiliki pengalaman yang cukup luas dalam arena bola sepak tanah air.
“Inilah orang yang paling layak jadi pemilik Selangor FC. Yang mendidik saya tentang bolasepak semasa saya kecil adalah abang sedara saya, Tengku Shakirinal a.k.a Tengku Nana. Bola sepak adalah darah daging dia.”
“Tanya sahaja dengan mana-mana budak Shah Alam tentang Tengku Nana. Semua orang tahu. Ini adalah orang yang betul-betul minat dan tahu bola sepak,” ujar TMJ.
Dalam temubual tersebut, Tengku Nana telah membawa pasukan muda TSS untuk menyertai Kejohanan Asian Grassroot Football 2023.
Antara perkara menarik berkenaan skuad tersebut ialah kemampuan pasukan untuk bersaing dengan cukup baik pada peringkat tertinggi.
“Selalunya apabila kita bermain di luar negara, mereka akan protes sehingga meminta pasport kerana sukar untuk mereka percaya kebolehan pasukan yang diturunkan.”
Pengalaman luas beliau dilihat sebagai satu aset berharga oleh TMJ untuk membawa lebih banyak kejayaan buat The Red Giants.
Komen TMJ:
