Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan Johor Darul Ta’zim bakal menerima tawaran-tawaran baru berkaitan sukan tidak lama lagi.
Menerusi tangkap layar di Instagram @officialjohor, TMJ memberikan komentar berkaitan beberapa berita baik berkaitan JDT yang bakal diumumkan kelak.
“Kembali kepada bisnes, nantikan berita-berita baik buat Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Pemain, acara dan tawaran sukan (sports deal) baru yang akan menjadikan JDT semakin besar dan stabil untuk 10 tahun seterusnya.
“Kepada penyokong, kekalkan kehadiran ke stadium. Kita ada reputasi yang perlu dikekalkan.” Komen TMJ di Instagram @officialjohor.
JDT sebelum ini berkolaborasi dengan beberapa jenama global seperti Nike, Unicef, Aston Martin, Hublot dan banyak lagi.
Jenama JDT sebelum ini acap kali mendapat perhtaian media antarabangsa berikutan perancangan rapi pelbagai unit kelab selatan berkenaan yang mengfokuskan kepada pembinaan sebuah empayar untuk jangkamasa panjang.