TMJ Sahkan Jordi Amat Bakal Sertai JDT
Dunia
SF Edit
Advertisements

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) mengesahkan Jordi Amat bakal menyertai Johor Darul Ta’zim menerusi satu sesi dialog bersama penyokong di Stadium Sultan Ibrahim.

Jordi Amat yang merupakan pemain warisan Sepanyol-Indonesia kini dalam proses melengkapkan proses dokumentasi pasport Indonesianya dan beliau bakal menyertai JDT sebagai pemain kouta Asia Tenggara.

“Dia adalah satu aset terbesar Indonesia, jikalau indonesia tidak ambil dia amat rugi.

Advertisements

“Jordi Amat akan jadi pemain Johor Darul Ta’zim.

“Dia nak sangat main untuk negara Indonesia. Saya nampak itu peluang untuk dapatkan pemain Sepanyol.” – Jelas TMJ dalam satu sesi dialog bersama penyokong di Stadium Sultan Ibrahim.

Selain itu, TMJ turut menjelaskan Dion Cools turut bakal jadi pemain JDT namun JDT akan menunggu kontrak pemain tersebut tamat di FC Midtjylland.

Advertisements

Jordi Amat sebelum ini berpengalaman luas beraksi dalam kancah bola sepak Eropah bersama Swansea City selain aktif beraksi bersama beberapa kelab Sepanyol seperti Rayo Vallecano dan Espanyol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram