TMJ Tak Minat Sebarang Jawatan – Hamidin
Harimau Malaya
Johor Southern Tigers
Advertisements

DYAM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim (TMJ) tidak berminat untuk memegang sebarang jawatan di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Demikian yang dikatakan oleh presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dalam satu sesi temu bual ekslusif bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Hamidin bagaimanapun menjelaskan bahawa TMJ akan terus komited dan konsisten untuk membantu Harimau Malaya dalam apa jua bantuan.

Advertisements

Exco FIFA ini dalam pada itu turut menyatakan bahawa semua pihak harus berganding bahu untuk membantu pasukan kebangsaan. Tidak kiralah sama ada anda seorang pemilik kelab atau penyokong, masing-masing ada peranan dan tugas demi peningkatan kualiti kem kebangsaan.

“Bantu pasukan kebangsaan dengan cara bermacam-macam. Peminat menyokong dengan beli tiket di stadium dan yang orang lain ni boleh bantu dari aspek ini semua.”

Advertisements

“Macam yang saya kata bukan TMJ seorang sahaja pemilik kelab, orang lain juga perlu turut sama bantu pasukan kebangsaan apa yang boleh disumbang kepada pasukan seperti lahirkan pemain yang baik.”

Presiden FAM itu turut menengaskan bahawa segala kebaikan yang diraih ini adalah utamanya buat kebaikan Harimau Malaya. Ini demi mencapai visi dan matlamat Malaysia untuk melihat skuad kebangsaan terus meningkat.

Advertisements

“Sebelum ini Tunku banyak memberi dan saya rasa bagus kerana yang pentingnya untuk kebaikan pasukan kebangsaan. Visi kita untuk melihat bola sepak kita terus meningkat,” ujar Hamidin kepada Fina Nasrom.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram