Tomislav Steinbruckner Puji Aura Penyokong Terengganu
Piala Malaysia
MakanBola
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner gembira dengan aksi anak buahnya menewaskan KL City untuk mara ke pentas akhir dihadapan ribuan penyokong Terengganu.

Tomislav Steinbruckner menyifatkan pertembungan dengan pasukan KL City adalah perlawanan yang sukar namun Terengganu berjaya mengatasi perkara itu.

Advertisements

“Kami menang 2-1 untuk aksi pertama separuh akhir dan sekali lagi kami menang 2-1 namun KL City memberikan aksi yang sukar buat kami sejak dari awal. Kami bekerja keras sejak awal musim dan saya rasa kami berhak atas kemenangan ini.” ujarnya dalam sidang media setelah tamat perlawanan.

Pengendali itu juga mengakui penyokong Terengganu memainkan peranan penting dalam mendorong pasukan Terengganu untuk muncul lebih baik bagi musim ini.

Advertisements

“Saya gembira untuk pemain dan saya juga gembira kerana penyokong Terengganu. Mereka sentiasa mengikuti kami dan ini hadiah Terengganu FC kepada mereka.” katanya lagi.

Menjelang aksi akhir Piala Malaysia, Tomislav Steinbruckner turut memuji atmosfera luar biasa penyokong Terengganu sewaktu aksi akhir Piala FA 2022 menentang JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements

“Musim lalu sewaktu perlawanan akhir Piala FA, saya terkejut melihat keriuhan atmosfera penyokong di stadium. Saya rasa ini perkara yang bagus untuk bola sepak Malaysia dan juga Terengganu.” ujar Tomislav.

Terengganu berjaya menewaskan KL City dengan agregat 4-2 untuk melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia bertemu JDT pada 9 Disember kelak.

Advertisements

News Comments Account