Advertisement
Tomislav Steinbruckner Risaukan Keadaan Azam Azmi
Piala Malaysia
MakanBola
Terengganu FC

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui bimbang dengan tahap kecergasan bek kanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad.

Selepas tiga minggu berehat akibat kecederaan, Azam kembali membarisi kesebelasan utama Terengganu FC menentang KL Rovers dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia 2023 semalam.

Selain membantu skuad Penyu meraih kemenangan 4-0 ke atas Rovers, bek kanan berusia 22 tahun itu berjaya mengharungi 90 minit perlawanan.

Begitupun, Steinbruckner mahu mengambil pendekatan berhati-hati bagi memastikan Azam kekal cergas untuk baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

“OK, Azam (Azmi Murad) ialah pemain yang berkualiti. Dan selepas berehat akibat kecederaan selama tiga minggu, saya bimbang sama ada dia mampu menghabiskan 90 minit perlawanan atau tidak.

“Jadi, OK, perlawanan ini tidaklah terlalu sukar. Dan kita semua tahu kualiti persembahannya. Dan saya harap selepas ini dengan persediaan, keadaannya akan jadi lebih baik. Tapi hari ini beliau bermain dengan baik,” katanya dalam temubual pasca-perlawanan semalam.

Selepas ini, skuad Peteh bakal berdepan Kelantan United dalam aksi Liga Super seterusnya pada 8 Ogos ini.