Tomislav Steinbruckner: VAR Perlu Ada Untuk Aksi Sebesar Ini
Piala Malaysia
Faris/ Makanbola
Advertisements

Kekalahan yang menimpa Terengganu FC di pentas akhir Piala Malaysia 2023 sebentar tadi membolehkan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan kejuaraan tersebut untuk tahun kedua berturut-turut.

Bagi Jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, beliau menganggap Video Bantuan Pengadil (VAR) sangat diperlukan dalam perlawanan akhir seperti ini.

Ini kerana tiga sepakan penalti telah diberikan. Malah Tomislav juga berpendapat ada insiden yang memerlukan layangan kad kuning namun ianya tidak terjadi.

Advertisements

Namun begitu, beliau enggan mengulas dengan lebih lanjut kerana para pemainnya sudah melakukan yang terbaik malam ini.

“Saya rasa perlawanan penting seperti ini perlukan VAR terutamanya apabila tiga penalti diberikan pada aksi ini.

“Pengadil sepatutnya memiliki peluang untuk menyemak semula keadaan tersebut sama ada penalti atau tidak.

Advertisements

“Ada juga beberapa keadaan yang menyebabkan layangan kad sepatutnya diberikan namuj saya tidak mahu komen tentang itu kerana para pemain saya sudah memberikan segalanya,” jelas Tomislav dalam sidang media selepas perlawanan.

Dengan tertewasnya Terengganu di pentas final Piala Malaysia, kini mereka hanya berbaki satu perlawanan Liga Super dan juga sudah pasti saingan Piala AFC untuk terus diperjuangkan bagi melayakkan mereka ke peringkat seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram