Tonton: Penjaga Garisan Kena Maki
TV
Advertisements

Memang adat dalam sukan bola sepak apabila ada perkara yang membuatkan sesetengah penyokong meluahkan rasa tidak berpuas hati terutamanya apabila ianya melibatkan keputusan pengadil yang dilihat tidak wajar.

Baru-baru ini tular satu video yang menyaksikan seorang penjaga garisan telah dicemuh dan dimaki oleh segelintir penyokong yang jelas sekali tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat penjaga garisan itu.

Kejadian tersebut disyaki berlaku di pantai timur Malaysia. Dalam kejadian itu, segelintir penyokong dilihat mula membaling botol ke dalam padang sambil memarahi penjaga garisan. Jika diamati dengan teliti, beberapa penyokong telah menyebut perkataan ofsaid dalam video tersebut.

Advertisements

Walau bagaimanapun, tiada insiden pergaduhan yang berlaku dan pengadil perlawanan dilihat pergi ke arah penyokong untuk mententeramkan keadaan.

Bukan mudah untuk menjadi pengadil dan bukan mudah untuk membuat keputusan spontan dalam masa beberapa saat. Biarkan pengadil melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka kerana kita harus faham pengadil juga manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram