Tonton: Terengganu Dan JDT Bersatu Di Dalam ‘Kamelia’
TV
Johor Southern Tigers / Hafizal Hamad
Advertisements

Piala FA Malaysia 2022 sudah pun melabuhkan tirainya pada 10 September lalu dengan menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya merangkulnya selepas menewaskan Terengganu FC 3-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Disebalik kemenangan JDT itu, ternyata ada perkara yang sangat menarik telah berlaku sebelum bermulanya perlawanan akhir itu.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh pengulas Astro Arena, Hafizal Hamad, terdapat sebuah lagu yang dinyanyikan secara beramai-ramai tidak kira penyokong Terengganu mahupun JDT. Lagu tersebut bertajuk Kamelia yang pernah dipopularkan oleh Sweet Charity.

Advertisements

Hafizal yang turut ditugaskan sebagai juruacara pada malam itu, mengetuai nyanyian lagu Kamelia itu sambil disambung oleh ribuan penyokong yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ternyata lagu Kamelia itu menyemarakkan lagi perpaduan kedua-dua penyokong walaupun sedar akan menghadapi perlawanan genting malam itu.

Tonton video penuh Kamelia versi Hafizal Hamad dan para penyokong di bawah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram