Tony Fernandes Lepaskan Pegangan Saham QPR
MakanBola
Queens Park Rangers
Sponsors

Tony Fernandes meninggalkan Queens Park Rangers (QPR) hari ini selepas melepaskan baki pegangan saham miliknya dalam kelab tersebut.

Dengan tindakan tersebut menandakan berakhirnya tempoh 12 tahun pengasas syarikat penerbangan Air Asia itu dengan The Hoops.

Ad

“Keputusan untuk meninggalkan kelab dibuat dengan hati yang berat. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong di mana saya mengalami pengembaraan menarik dalam tempoh sedekad.

Ad

“Saya akan terus melihat keputusan perlawanan QPR dan saya ucapkan selamat berjaya buat lembaga pengarah untuk masa hadapan,” katanya dalam laman sesawang rasmi The Rs.

Bagi pemegang saham majoriti Hoops, Ruben Gnanalingam, beliau melihat keputusan Fernandes sebagai satu hari sedih buat kelab di barat London itu.

Ad

“Ini hari yang sedih untuk kelab, terutamanya untuk saya kerana Tony dan saya menyertai kelab ini bersama-sama.

Ad

“Terdapat beberapa detik menakjubkan semasa tempoh itu termasuk terselamat daripada penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2012 dan kejayaan play-off pada 2014.

Ad

“Sudah tentu ada cabarannya juga tetapi niat baik Tony untuk kelab ini tidak pernah diragui,” ujarnya selaku wakil lembaga pengarah.

QPR diambil alih Fernandes bersama Gnanalingam dan Datuk Kamarudin Meranun pada Ogos 2011. Sepanjang tempoh itu, Rs pernah layak ke EPL sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, selepas tersingkir ke Liga Kejohanan pada 2015 dan gagal kembali ke EPL, Fernandes mula mengurangkan aktivitinya bersama QPR.

Ini termasuk menyerahkan jawatan pengerusi kepada naib pengerusi kelab, Amit Bhatia dengan keputusan itu dibuat pada 2018.