Trevoh Chalobah, Budak Cobham Yang Julang Chelsea Di Final
Eropah
Advertisements


Persembahan memukau pemain pertahanan tengah Chelsea, Trevoh Chalobah pada perlawanan awal pagi tadi menjadi bualan ramai apabila graduan akademi Chelsea FC ini berjaya membantu pasukannya menjulang Piala Super Eropah (UEFA Super Cup) selepas menewaskan Villarreal 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti.

Prospek muda Chelsea ini mencuri tumpuan selepas diberikan kepercayaan Thomas Tuchel untuk berada dalam kesebelasan utama mengemudi barisan pertahanan bersama-sama Antonio Rudiger dan Kurt Zouma di Windsor Park, Ireland Utara.

Aksi cemerlang yang ditampilkan pemain berusia 22 tahun itu mendapat pujian pengendali Chelsea, Thomas Tuchel berikutan corak permainan matang yang dipamerkannya sungguhpun kali pertama beraksi di bawah kendalian pengurus Jerman itu.

Advertisements

“Ya, dia bermain dengan sangat baik ketika bertemu Bournemouth, Arsenal dan Tottenham pada pra-musim. Kami memerlukan pemain yang boleh bermain di dalam padang selama 90 minit. Dia adalah pemain pertama yang turun ketika sesi latihan, kuat dari segi fizikal dan dia layak untuk bermain ,” kata Thomas Tuchel

Dalam pada itu, Tuchel turut mengulas berkaitan masa depan Chalobah bersama Chelsea.

“Dia cukup mengagumkan. Kita akan lihat bagaimana kerana dia memaksa dirinya bermain sama seperti apa yang kita fikirkan. Kita masih mempunyai beberapa hari untuk memutuskan tentang masa depannya,” ujar Tuchel.

Advertisements

Sementara itu, bekas pemain tengah Chelsea yang juga merupakan abang kepada Trevoh Chalobah turut berbangga dengan persembahan yang dipamerkannya dalam perlawanan tersebut.

Menurut statistik yang dikeluarkan Squaka Football, Trevoh Chalobah berjaya membuat sebanyak 140 hantaran dan 95% ketepatan dalam melakukan hantaran. Chalobah juga bermain sepenuh masa, sepanjang 120 minit permainan. Statistik ini membuktikan bahawa Chalobah sedang berada pada tahap terbaik ketika ini.

Rata-rata peminat The Blues gembira dengan permainan yang ditunjukkan Chalobah ketika mengawal serangan lawan. Nama Chalobah turut ‘trending’ di platform media sosial seperti Twitter selepas kejayaan Chelsea menjulang Piala Super Eropah (UEFA Super Cup) 2021.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram