Trio ‘Masa Depan’ Harimau Malaya Catat Kemajuan Mendadak
Harimau Malaya
Instagram: @officialjohor @officialpenangfc @brendangan
Advertisements

Sungguhpun hasrat skuad kebangsaan untuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan tidak kesampaian disebabkan tidak mendapat kelulusan oleh pihak berkuasa, namun perkembangan mengenai tiga pemain tengah yang berpotensi untuk mengetuai jentera tengah pasukan dilihat cukup memberangsangkan.

Jeneral tengah pasukan negara, Brendan Gan cukup sinonim dengan penampilannya bersama Harimau Malaya beraksi dengan cemerlang pada musim ini.

Sungguhpun beliau terpaksa diketepikan disebabkan masalah kesihatan yang membelenggunya, namun prestasi yang ditampilkannya pada separuh pertama musim ini amat baik.

Advertisements

Di bawah kendalian jurulatih Jerman iaitu Karsten Neitzel, Brendan dilihat memainkan peranan yang cukup penting dalam sistem beliau apabila bertindak selaku pemain tengah ‘box-to-box’ buat pasukan Merah Kuning.

Pada musim ini, pemain kelahiran Australia-Malaysia ini telah berjaya mencatatkan empat bantuan gol sepanjang 11 perlawanan beliau diturunkan. Selain itu, Brendan juga bekerja keras untuk membantu barisan pertahanan dan juga kerap mengatur gerak untuk melancarkan serangan ke kubu pertahanan lawan.

Stamina dan kebijaksaan beliau untuk meletakkan dirinya pada posisi yang tepat menjadi aset terbaik buat pasukan negara setelah beliau dapat kembali beraksi di atas padang.

Advertisements

Perancang tengah kedua yang menunjukkan statistik yang memberangsangkan ialah pemain tengah Johor Darul Ta’zim iaitu Afiq Fazail. Pemain berusia 26 tahun itu menjadi pilihan utama Benjamin Mora untuk mengetuai bahagian pasukan sejak 2 musim kebelakangan ini.

Pada musim ini, Afiq telah diturunkan sebanyak 14 kali dalam saingan Liga Super. Persefahaman yang baik bersama rakan sepasukan dengan kualiti hantaran yang dimiliki oleh beliau telah membantunya untuk mencatat 4 bantuan gol.

Pemain kelahiran Johor ini juga telah beraksi sebanyak 4 kali dalam pentas saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Pengalaman berharga ini pastinya ditagih oleh Tan Cheng Hoe untuk memberi kestabilan di bahagian tengah negara.

Advertisements

Pemain tengah terakhir yang menunjukkan kualiti permainan di tahap tertinggi iaitu Endrick Dos Santos.

Sungguhpun status Endrick masih belum dipastikan, namun menurut kenyataan Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Endrick bakal dinaturalisasikan pada tahun 2022 bersama-sama Gonzalo Cabrerra.

Pada musim ini, pemain kelahiran Brazil ini cemerlang membantu pasukan Penang FC berada pada kedudukan ketiga carta Liga Super. Malah, beliau menjadi watak utama dalam kemenjadian barisan serangan pasukan tersebut.

Advertisements

Pemain berketinggian 1.92 meter ini mempamerkan statistik yang sungguh luar biasa. Sepanjang 14 perlawanan musim ini, beliau telah berjaya menjaringkan 3 gol dan menghasilkan 8 bantuan gol.

Kemampuan Endrick untuk bermain di pelbagai posisi menjadikan beliau seorang pemain yang sangat elegen di atas padang. Selain itu, bekas bintang Felcra FC ini juga mempunyai kebolehan untuk menghidu peluang dan ruang berjaya dimanfaatkan dengan baik sekaligus menjadi watak yang digeruni barisan pertahanan pasukan lawan.

Kehadiran trio tiga serangkai dengan prestasi terbaik ini pastinya melancarkan lagi persediaan pasukan kebangsaan yang dikhabarkan bakal melakukan permohonan semula bagi mengadakan perlawanan persahabatan sekitar Oktober nanti mengikut kalendar FIFA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram