Advertising
TRW Kelantan Diberi Talian Hayat Akhir Daftar Pemain
MakanBola
TRW Kelantan FC

Pasukan TRW Kelantan FC diberi peluang terakhir untuk menyelesaikan pendaftaran pemain Liga A1 Semi Pro sehingga esok.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad berkenaan tempoh pendaftaran pemain yang diberikan kepada The Red Warriors.

Ad

Sebelum ini, TRW Kelantan FC dilaporkan tidak mempunyai bilangan pemain yang cukup untuk terus bersaing dalam kancah liga semi-pro tersebut.

Ad

Namun begitu, AFL memberikan tempoh kepada Kelantan untuk memyelesaikan segala urusan pendaftaran pemain sehingga 8 Mei 2024.

“Kelantan sebelum ini diberikan tempoh untuk mendaftarkan sekurang-kurangnya 20 pemain sehingga 8 Mei.

Ad

Menerusi perkembangan terbaru oleh CEO AFL, Kelantan meminta lanjutan tempoh disebabkan kini dalam usaha untuk merekrut pemain bagi saingan musim baharu.

Ad

“Kelantan datang bertemu AFL sudah pasti dengan bukti-bukti yang menunjukkan mereka kini berusaha untuk mendaftarkan pemain bagi meminta penangguhan.

Ad

“Jadi kita melanjutkan tempoh daripada 8 Mei kepada esok (14 Mei). Tempoh ini dilanjutkan kerana mereka belum mendaftarkan 20 pemain,” jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM.

AFL juga mengesahkan bahawa Kelantan FC sudah menjelaskan segala pembayaran bagi membolehkan kelab Pantai Timur itu menyertai saingan Liga A1 Semi Pro musim kali ini.

AFL sebelum ini mengumumkan bahawa 16 pasukan bakal mewarnai saingan MBSB Bank Championship 2024/25z