Kelantan Dapat Peluang Beraksi Di Liga A1 Semi Pro Dengan Dua Sebab
Liga M3
TRW Kelantan FC
Advertisements

Penyertaan pasukan Kelantan FC dalam saingan Liga A1 Semi Pro telah mendapat penjelasan meskipun pasukan tersebut bergelut dengan isu tunggakan gaji.

Sebelum ini, Amateur Football League (AFL) dalam satu kenyataan memberi nafas baharu buat Kelantan FC beraksi di Liga Malaysia apabila memberi peluang kepada pasukan milik Norizam Tukiman untuk beraksi di Liga A1 Semi Pro.

Menurut pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Kelantan diberikan peluang bermain di liga tersebut atas faktor pasukan negeri yang diberi sedikit budi bicara demi menjaga ‘periuk nasi’ anak-anak negeri.

Advertisements

”Isu tunggakan gaji Kelantan ini sama sahaja seperti kes Sarawak musim lepas, masih lagi jadi isu maka mereka perlu selesaikan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penjenamaan Nama dan Logo AFL.

“Akan tapi faktor pasukan itu kita meihat bahawa pasukan-pasukan (negeri) ini perlu diberi peluang untuk mereka bermain atas sebab faktor negeri, kita selalu bila faktor negeri ini kita kena beri sedikit budi bicara,” tambahnya lagi.

”Memang untuk faktor negeri ini kita ada soft spot sedikit, sebab kita nak anak-anak negeri ini mesti diberi tempat untuk bermain.”

Advertisements

Selain itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad mengesahkan bahawa Kelantan FC sudah menjelaskan segala pembayaran bagi membolehkan kelab Pantai Timur itu menyertai saingan Liga A1 Semi Pro musim kali ini.

Sungguhpun begitu, Kelantan tetap harus menyelesaikan syarat-syarat lain yang membabitkan pendaftaran pemain selepas dikenakan sekatan oleh FIFA dan tunggakan gaji pemain di bawah pemantauan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Sudah selesai (pembayaran) tapi kini mereka (Kelantan) tersangkut dengan syarat yang lain pula, macam saya cakap tadi syarat untuk daftarkan pemain dan syarat dengan FAM untuk selesaikan tunggakan gaji, katanya kepada pihak media.

Advertisements

”Tempoh jika diikutkan tempoh (pendaftaran pemain) yang diberikan buat pasukan Kelantan adalah sehingga 8 Mei manakala yang lain ditutup pada 30 Mei.”

“Kelantan kita beri (tarikh) awal supaya kita ada persediaan awal sekiranya mereka tak mampu cukupkan 20 pemain, jadi kita boleh gugurkan (Kelantan) sama ada dengan mencari pasukan ganti atau kekalkan 15 pasukan.

”Dari segi dokumentasi dan penyertaan, Kelantan dan lengkap dengan AFL, cuma dari segi pendaftaran pemain.”

Advertisements

Kelantan yang kini dibimbing oleh Manja Man bakal bersaing bersama 15 pasukan lain dalam saingan Liga A1 Semi Pro 2024/25 yang dijenamakan daripada Liga M3 dan bakal memulakan aksi pada Jun 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram