“Tugas Kapten Bukan Untuk Dibanggakan” – Faisal Halim
Dunia
mohamadfaisal_halim
Advertisements

Pemain lincah negara, Faisal Halim mengakui tugasan sebagai kapten bukanlah satu perkara yang perlu dibanggakan, sebaliknya harus diberi perhatian dengan sebaiknya bagi memastikan semua berjalan dengan lancar.

Pemain berusia 24 tahun itu menjelaskan walaupun tidak dipilih sebagai ketua pasukan, tugas pemain adalah sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama dengan jurulatih sama ada dalam padang atau luar padang.

Dalam pada itu, Faisal menyatakan bahawa perlu fokus sama rata kepada semua pemain agar pemain cukup menampilkan prestasi yang cemerlang pada saingan Piala AFF 2022 kelak.

Advertisements

“Tanggungjawab diberikan Kim Pan-gon agak besar, tetapi saya percaya ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Tanpa lilitan kapten pun kita perlu sentiasa bantu jurulatih dengan memberi maklumat tepat di padang nanti,” ujarnya.

“Cuma, saya tidak mahu fokus diberikan kepada tugas ini, sebaliknya tumpuan harus diberikan kepada semua pemain cukup bermotivasi untuk mempamerkan prestasi terbaik yang diharapkan pada kempen Piala AFF 2022 nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Pada aksi pertama Malaysia dijadualkan akan bertandang ke Yangon untuk menentang Myanmar pada 21 Disember ini dalam kempen Piala AFF 2022. Malaysia telah diletakkan dalam kumpulan B bersama Myanmar, Laos, Vietnam dan Singapura.

Advertisements

Sebelum mengharungi Piala AFF nanti, Malaysia bakal membuat persiapan awal dalam aksi persahabatan bertemu Kemboja dan Maldives pada 9 dan 14 Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram