Advertisements
Tular Aksi Luqman ‘Jampi’ Akhyar Jadi Harimau
TV
MakanBola
Astro Arena

“Disebalik kemenangan bergaya Malaysia ke atas Kemboja, terdapat harimau di belakangnya.”

Mungkin inilah peribahasa baru yang akan digunakan rakyat Malaysia setelah tular video rakaman Luqman menggenggam kepala Akhyar Rashid kemudian mengubahnya menjadi Harimau Malaya sejati.

Akhyar dan Luqman turut memainkan watak penting dalam kemenangan 3-1 Malaysia ke atas Kemboja dalam aksi pertama Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

Luqman dimasukkan pada separuh masa ke-2 menggantikan De Paula dan berjaya mencatatkan bantuan gol ke-3 Malaysia yang dihasilkan oleh Kogi.

Malaysia bakal bertemu Laos Khamis ini jam 5.30 petang.