Tular Rakaman Bruno Fernandes Maki Fred & Alex Telles

bruno fernandes maki fred alex telles Tular Rakaman Bruno Fernandes Maki Fred & Alex Telles
Foto: @SeanGillen9
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Tular satu rakaman bintang Manchester United, Bruno Fernandes menegur rakan sepasukannya dari Brazil, Fred dan Alex Telles yang dilihat sedang sibuk berbual bicara di hadapan kamera.

Dalam satu rakaman berdurasi 9 saat itu, Bruno Fernandes jelas tidak berpuas hati dengan kelibat Fred & Alex Telles yang sibuk melayani rakaman seseorang.

Advertisements

Bruno memberi amaran agar kedua-dua pemain tersebut fokus kepada sesi latihan dan segera mempersiapkan diri.

“Anda di sini untuk bermain bola sepak, bukan membintangi filem!

Advertisements

“Berhenti menjadi pemain bola sepak jika anda meneruskan perwatakan seperti itu,” teriak Bruno Fernandes.

Manchester United kini dikendalikan oleh Erik tan Hag yang awal-awal sudah memberikan amaran berkenaan situasi bintang Manchester United yang berlagak diva.

Advertisements

Pengurus baharu tersebut enggan melayani kontrak baru Paul Pogba dan ingin pemain itu segera meninggalkan pasukan.

Musim lalu, Manchester United menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris di tangga ke-6 dan mencatatkan prestasi terburuk sejak Sir Alex Ferguson meninggalkan pasukan berkenaan sedekad lalu.

Advertisements