Tular Tindakan Pemain Cilik Peluk Penjaga Gol, Jaringan Pula Disahkan
TV
Shazwan Wong
Advertisements

Tindakan seorang pemain cilik memeluk penjaga gol tular di platform media sosial baru-baru ini.

Jurulatih pembangunan akar umbi, Shazwan Wong berkongsikan satu video di X yang menunjukkan seorang pemain cilik memeluk penjaga gol dalam situasi sepakan percuma.

Tindakan pemain tersebut mengakibatkan si penjaga gol lawan tak boleh bergerak dan terjatuh tatkala bola menerjah jaring.

Advertisements

Meskipun apa yang dilakukan pemain tersebut merupakan satu kekasaran kepada penjaga gol lawan, pengadil tetap mengesahkan gol tersebut.

Bagi Shazwan, perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam bola sepak akar umbi. Ini kerana jika perkara tersebut dibiarkan, ini boleh saja mencetuskan pergaduhan antara pemain di atas padang.

“Pengadil kira gol tersebut, bagaimana itu boleh berlaku! Kadang-kadang benda macam inilah boleh cetuskan pergaduhan,” katanya.

Advertisements

Selepas video itu dimuatnaik, ramai pengguna media sosial merasa kurang senang dengan tindakan pemain tersebut.

Bekas pemain kebangsaan, Shahrom Kalam menyangka beliau melihat program gusti semasa melihat video berkenaan. “Ini bukan pembangunan (akar umbi). Ini WWE,” katanya.

Bagi seorang pengguna X bernama Muz, kesalahan patut juga ditanggung oleh jurulatih pasukan yang melakukan kesalahan tersebut.

Advertisements

Ini kerana jurulatih tersebut gagal menerapkan nilai keperibadian yang baik termasuk semangat kesukanan dalam kalangan pemain sehingga melakukan perbuatan sedemikian.

“Jurulatih lawan patut bertanggungjawab juga. Kalau beliau ajar pemain-pemainnya untuk lakukan perkara sebegitu, beliau tidak patut menghampiri bola sepak akar umbi.

“Kalau beliau tak melakukan perkara sebegitu, beliau patut melakukan perkara sepatutnya dan meminta barisan pemainnya untuk memohon maaf,” ujarnya.

Advertisements

Sejak video berkenaan dimuatnaik sejak 3 Mac lalu, video tersebut telah ditonton sebanyak 308,000 kali di platform X.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram