Dalam hantaran di IG Story Tunku Ismail Idris semalam, Tunku telah memuat naik satu tangkap layar perbualannya bersama lagenda bola sepak negara, Baddrol Bakhtiar. Perbualan tersebut tercetus sejurus Tunku bertanya kepada Baddrol berkaitan pihak pengurusan kelab.
Dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2021, Kedah Darul Aman FC berjaya mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) 0-0 di Stadium Darul Aman.
Sebelum bermulanya sepak mula semalam, bola sepak tempatan kecoh dengan ‘drama’ antara Tunku Ismail Idris dan Presiden KFA, Yb Sanusi Mohamad berkaitan isu pengurusan kelab Kedah yang dikhabarkan tidak membayar gaji pemain untuk tempoh 2 bulan
Asbab mementingkan kebajikan, Tunku Ismail Idris sendiri telah bertanyakan khabar kepada kapten pasukan KDA FC. Menurut Tunku Ismail, jasa dan pengorbanan setiap pemain haruslah dihargai.
Tunku Ismail Idris bertanya kepada Baddrol, “Management macam mana?” Lantas Baddrol menjawab, “Gaji semua settle dah Tunku”. “Alhamdulillah, kalau perlu apa-apa beritahu,” balas Tunku Ismail.
Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim itu turut menyatakan penghargaan kepada Baddrol kerana beliau telah banyak berkorban demi bola sepak tanah air. Sepanjang kariernya dalam bola sepak, banyak sejarah yang sudah terpahat terutamanya ketika beliau mewakili skuad kebangsaan.
“Tiada masalah Baddrol. Awak semua dah banyak berjasa kepada bola sepak tanah air. Harus dihargai setiap pemain,” ujar Tunku Ismail Idris.
