Advertising
Tunku Ismail Dedah ‘Ada Yang Tak Tahu Malaysia Di Mana’
MakanBola
Johor Southern Tigers

DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor mendedahkan status pemain warisan yang dikaitkan dengan Harimau Malaya.

Baru-baru ini, Baginda telah bertemu dengan Presiden FIFA, Gianni Infatino untuk memaklumkan berkenaan projek revolusi Harimau Malaya yang sedang dilakukannya.

Ad

“Infantino telah diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh DYAM Pemangku Sultan Johor dan ianya juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia.

Ad

“Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi DYAM Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan,” ujar Tunku Ismail di laman X.

Baginda turut memaklumkan bahawa usaha mengenal pasti pemain warisan berkelas dunia bakal terus dilakukan sungguhpun usaha awal masih belum membuahkan hasil.

Ad

“Yang ada ada tu apabila ditanya, ada yang tak tahu pun Malaysia dekat mana. Perlataan lebih tepat ialah ‘Saya bukan orang Malaysia, dan di mana Malaysia sebenarnya.’

Ad

“Kami dah buat kajian dan menyapa mereka tetapi pencarian akan tetap diteruskan dengan lebih luas lagi,” tambah Tunku Ismail di laman X.

Ad

Persiapan skuad Harimau Malaya kini diteruskan apabila bakal beraksi pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 selepas diundi bersama Vietnam, Nepal dan Laos.

Terdapat beberapa nama yang dikaitkan sebelum ini termasuklah Josh Brownhill, Zien Flemming dan juga Iggy Houben.