Asia
HRHCROWNPRINCEOFJOHOR/SANUSI MD NOR
Advertisements

Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris atas pemberian Mcdonalds dan sejambak bunga hari ini.

Dalam satu hantaran di Facebook rasmi Presiden KFA itu, beliau menjunjung kasih kepada Tunku Ismail atas kiriman tersebut. YB Sanusi juga berseloroh dan menyatakan bahawa kalah atau menang itu merupakan adat dalam perlawanan.

“Kalah, seri atau menang adalah adat perlawanan. Kasi panas line itu wajiblah.”

Advertisements

Tunku Ismail Idris juga turut sama memuat naik satu video di Instagram Story miliknya. Kelihatan wakil Tunku hadir dan memberikan sejambak bunga dan beberapa set Mcdonals kepada Sanusi. Tunku meninggalkan caption, “Tak diet? Salah satu cara nak buat badut gembira.”

“Hari Khamis ni kita berentap lagi”, ujar Sanusi.

Arena bola sepak tempatan semalam telah diserikan dengan ‘drama’ antara Tunku Ismail dan YB Sanusi. Keakraban dan persaingan secara sihat seperti ini sangatlah baik dan wajar dipuji.

Advertisements
2AC049E3 669B 4C6F 9AC0 57822038178D Tunku Ismail Hantar McDonalds Pada Sanusi, Berharap Beliau Gembira
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram