Dunia
hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Selepas kritikkan yang di lontarkan oleh pemilik Johor Darul Ta’zim di Twitter tempoh hari, Tunku Ismail juga tampil mengulas isu yang hangat dalam pertembungan pusingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 di laman Instagram Story beliau.

Beliau menjelaskan bahawa pengadil dilihat tidak cukup bagus untuk mengadili setiap perlawanan bukan sahaja perlawanan yang lepas tetapi hampir setiap pertandingan.

“First, Ref tak cukup bagus, bukan game semalam sahaja, tetapi 70% of games dalam setiap pertandingan”.

Advertisements

Tunku juga dilihat kecewa dengan sesetengah pihak kerana apa sahaja yang berhubung dengan JDT mesti akan diperbesarkan dalam setiap sudut.

Tunku Ismail Idris dalam pada itu, turut memberi nasihat dan saranan kepada peminat setia JDT supaya terus fokus kepada evolusi pasukan dan kurang melayani apa-apa isu sentimen negatif yang melibatkan JDT.

“Tetapi apa sahaja yang berkaitan JDT automatically akan dibesarkan dalam setiap aspek dan benda ni bukan benda baru. Dari 2013 cerita tak habis”

Advertisements
Story IG Tunku Ismail : Jangan Fokus Kepada Isu Tetapi Fokus Kepada Kemajuan

Tunku juga menggesa rakyat Johor supaya terima apa sahaja dengan hati yang terbuka dan terus bersikap positif dalam setiap sudut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram