Advertising
Tunku Ismail: Masalah Terbesar JDT Adalah Bola Sepak Malaysia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail mendedahkan masalah terbesar yang dihadapi adalah bola sepak Malaysia itu sendiri.

Pada Rabu di sebelah malam, Tunku Ismail berkenan untuk menghadiri sesi soal jawab eksklusif bersama para peminat di Cafeteria JDT bagi membincangkan isu-isu terkini kelab.

Ad

Salah satu soalan yang mendapat perhatian Baginda adalah mengenai cabaran atau masalah yang dihadapi oleh Tunku Ismail selama menguruskan dan mengambil alih kelab JDT.

Ad

Menurut Tunku Ismail, masalah terbesar yang dihadapi oleh Baginda dan JDT adalah senario bola sepak di Malaysia kini yang mempengaruhi perkembangan skuad Harimau Selatan itu.

“Saya punya masalah terbesar dalam JDT adalah bola sepak Malaysia,” jawab Tunku Ismail ketika sesi tersebut.

Ad

”Ya, kita (JDT) berkembang tapi sejauh mana kita boleh berkembang tanpa bola sepak Malaysia.”

Ad

”Itu sebab ada gerakan mahu sabotaj yang hasut jangan main supaya tak ada liga dan seterusnya.”

Ad

Harapan Baginda agar Liga Malaysia dapat menambahkan jumlah pendapatan selain turut menyimpan hasrat untuk melihat kelab-kelab lain miliki pelan menaikkan nilai pasukan.

”Apa-apa pun, masalah terbesar saya adalah liga Malaysia itu sendiri. Saya harap liga bakal (dapat hasilkan) lebih banyak pendapatan,” ulas Baginda.

”Saya juga berharap pasukan-pasukan ada perancangan yang tersendiri untuk meningkatkan nilai komersial kelab.”

Secara keseluruhan, Baginda tidak ada sebarang masalah bersama JDT namun menegaskan terdapat media yang enggan untuk mendidik peminat mengenai senario bola sepak terkini.

“Dalam JDT, saya tiada masalah, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar serta bekerja keras,” kata Baginda.

“Tetapi masalah kita di Malaysia ini kita juga ada pihak media yang miliki cara pemikiran cenderung ke arah peminat dan bukan mendidik apa masalah sebenar bola sepak tempatan.”

Dalam sesi yang sama, Tunku Ismail turut berkongsi tentang status dua kelab lagenda iaitu Sri Pahang serta Kedah yang berkemungkinan tiada lagi dalam saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments