Advertising
Tunku Ismail: Patutnya Bangga JDT Wakil Malaysia & Sumbang Mata AFC MA Ranking
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail menyelar tindakan segelintir pihak yang masih tak berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai pasukan Baginda.

Terdahulu, JDT berjaya merekodkan kemenangan penting 2-1 ke atas Central Coast Mariners dalam aksi AFC Champions League Elite (ACLE) dengan dua jaringan terhasil oleh Alvaro Gonzalez.

Ad

Kemenangan Harimau Selatan di bumi Australia itu dilihat cukup penting apabila menyumbang mata untuk Malaysia melonjak dua anak tangga dalam AFC MA Ranking memintas Australia dan Vietnam.

Ad

Walau bagaimanapun, kejayaan dicapai oleh JDT itu masih menimbulkan rasa kurang senang buat segelintir pihak dan ini telah mendapat respon pantas oleh DYAM Tunku Ismail sendiri.

Menurut Tunku Ismail, JDT kini adalah satu-satunya kelab Malaysia yang bersaing di pentas Asia dan semua pihak harus berbangga kerana juara Liga Super itu berpeluang menyumbang mata AFC MA Ranking.

Ad

“Kitalah satu satunya kelab. Patut yang ada berasa bangga kita mewakili negara (Malaysia), Asia Tenggara dan memberi sumbangan dalam AFC MA Ranking,” karang Tunku Ismail dalam hantaran Instastory.

Ad

Namun, sebaliknya terjadi apabila pasukan milik DYAM Tunku Ismail itu diminta untuk meninggalkan Liga Malaysia kerana dikatakan menjadi sebab saingan kurang kompetitif ketika ini.

Ad

Oleh itu, Tunku Ismail sempat menegur pengurusan kelab lain untuk tidak menyalahkan pihak lain dan uruskan dana serta perancangan pasukan dengan cara lebih berhemat.

“Ini tidak, nak kami (JDT) keluar dari liga dan mengutuk liga sendiri pasal tak puas hati. Pasukan sendiri dan orang dalam pengurusan masing-masing yang tak betul dengan pelbagai isu, salahkan liga dan badan induk.”

“Anda uruskan dana, perancangan pasukan, pembangunan, dan infrastruktur dengan cara yang tidak betul, tapi ambil jalan mudah salahkan orang lain. Itu adalah mentaliti kalah dan tidak bertanggungjawab.”

Instastory DYAM Tunku Ismail Tunku Ismail: Patutnya Bangga JDT Wakil Malaysia & Sumbang Mata AFC MA Ranking
Instagram: DYAM Tunku Ismail

Kemenangan JDT pada Selasa itu telah meletakkan skuad Harimau Selatan itu di tempat ke-5 carta kedudukan ACLE sekaligus mengukuhkan tempat dalam kelompok 8 terbaik.

Aksi terakhir bagi peringkat liga ACLE menyaksikan JDT akan menanti kunjungan wakil dari Korea Selatan, Pohang Steelers di Stadium Sultan Ibrahim pada 18 Februari hadapan.