Advertising
Tunku Ismail Sahkan Pemain Warisan Luar Negara Dalam Radar Harimau Malaya
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengesahkan bahawa pemain warisan luar negara kini dipantau rapi.

Harimau Malaya dijangka mengalami revolusi besar-besaran menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 yang bakal bermula Mac 2025.

Pada awalnya, DYAM Tunku Ismail memberi bayangan bahawa terdapat perancangan untuk menaturalisasikan dua pemain iaitu Bergson Da Silva dan juga Manuel Hidalgo.

Ad

“Falsafah yang sesuai dengan pemain yang ada. Beraksi lebih padat, menyerang dan bertahan sebagai satu unit. Disiplin sebagai satu kunci, InsyaAllah boleh. 

Ad

“Bergson boleh dinaturalisasikan sebagai pelan jangka pendek selepas beraksi 5 tahun di Malaysia. Hidalgo juga sebagai pelan jangka panjang dengan pemain lain yg ada.

Baginda memberi bayangan bahawa sudah ada calon Pengarah Sukan dan Ketua Jurulatih baharu yang kini giat bekerja di belakar tabir bagi merencana perjalanan skuad kebangsaan.

Ad
Ad

“Pemain JDT semuanya sudah bersedia. Jurulatih baru dan Pengarah Sukan sedang mengumpul data pemain Malaysia di Liga Super dan luar negara. 

Ad

“Ini tidak menjadi mudah, ia memerlukan masa tetapi perlu bermuka dari sekarang termasuklah pelan untuk jangka panjang,” ujar DYAM Tunku Ismail dalam satu hantaran di laman X.

Pemantauan terhadap pemain Malaysia di luar negara itu juga termasuklah tonggak warisan yang dikaitkan selama ini.

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berkenaan individu yang dimaksudkan untuk menjadi antara tunjang utama skuad negara dalam masa terdekat.