DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan menghadiri majlis respesi pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.
Kehadiran Tunku Ismail dalam majlis itu dikongsikan menerusi satu hantaran di semua platform media sosial rasmi baginda. Baginda hadir bersama isteri, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
“Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke majlis perkahwinan Arif Aiman Mohd Hanafi, pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan pasangannya, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri pada hari ini, 25 Mei 2026,” katanya dalam satu kenyataan.
Arif Aiman mendirikan rumahtangga bersama pasangan pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah lokasi di Johor Bahru pada Isnin.
Majlis itu dihadiri ahli keluarga kedua-dua mempelai dan kenalan rapat dalam suasana penuh sederhana tetapi meriah.
Ramai peminat mendoakan kebahagiaan buat Arif Aiman dan isteri tercinta. Malah, penjaga gol kebangsaan dan bekas rakan sepasukan, Haziq Nadzli turut mendoakan kebahagiaan beliau semasa ditemu bual stesen radio HotFM.
Perkahwinan Arif Aiman mula menjadi tumpuan ramai selepas kad jemputan perkahwinan beliau tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Malah, pemain berusia 24 tahun itu mengakui gol dalam aksi final Piala Malaysia menentang Kuching City FC sebagai hadiah terbaik sebelum memasuki fasa baru kehidupan.