Ads
Dunia
Azri Haziq / MakanBola

Pertembungan antara pasukan Turkmenistan dan juga Malaysia esok sudah pasti berlangsung hangat tatkala kedua-dua pasukan bakal turun untuk mendapatkan 3 mata pertama.

Advertisements

Malaysia kini berada dalam kedudukan terbaik selain motivasi tinggi yang diperoleh daripada 2 aksi persahatan sebelum ini bakal merancakkan lagi perlawanan ini.

Advertisements

Pasukan bimbingan Yazguly Hojageldiyev berada pada kedudukan yang lebih baik dalam ranking FIFA ketika ini melihat ancamana yang cukup hebat bakal ditampilkan oleh para pemain Harimau Malaya.

Advertisements

Advertisements

Dalam satu temubual pra perlawanan yang melibatkan jurulatih berusia 45 tahun ini, beliau ada menjelaskan bahawa ia bukanlah satu tugas mudah untuk turun berdepan anak didik Kim Pan-gon di tempat sendiri.

Malah, beliau juga melihat secara keseluruhan barisan serangan negara bakal memberi ancaman yang sangat besar buat barisan pemain Turkmenistan esok.

Advertisements

“Barisan serangan Malaysia adalah yang ancaman terbesar kami,” kata Hojafeldiyev ketika ditanya oleh SemuanyaBola.

Kedua-dua negara ini juga belum pernah bertemu secara kompetitif dan ianya adalah sekaligus menyaksikan aksi yang menarik bakal dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan.

Advertisements

Beraksi di tempat sendiri, Malaysia kini dalam momentum terbaik selepas mencatatkan keputusan positif ke atas Brunei dan juga Hong Kong sekaligus bakal meneruskan perjuang bagi merebut sasaran satu slot automatik ke Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram