Turkmenistan Tak Goyang Dengan Penyokong Harimau Malaya
Dunia
Azri Haziq / Makanbola
Advertisements

Walaupun sedar akan berhadapan dengan stadium yang dipenuhi dengan penyokong Malaysia, ianya tidak akan membuatkan para pemain Turkmenistan berasa gentar dan akan memberikan persembahan terbaik menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Pengendali Turkmenistan, Yazguly Hojageldiyev berkata untuk perlawanan esok pasti akan ada kesilapan dari pemainnya namun ianya tidak akan memberi kesan yang maksimal sehingga mengganggu corak permainan anak buahnya.

“Tiga atau dua tahun lalu sebelum pandemik (Covid-19) kami pernah rasainya (beraksi di hadapan ribuan penyokong lawan). Ia bukan masalah besar, mungkin akan ada kesilapan-kesilapan kecil dan ia tidak akan mengganggu pasukan kami,” katanya pada sidang media praperlawanan di sini, hari ini.

Advertisements

Yazguly juga menyuarakan kebimbangan dengan tempoh persiapan yang pendek menjelang aksi kelayakan ini namun percaya para pemain Turkmenistan akan lakukan yang terbaik esok dan kesemua pemain sudah bersedia untuk beraksi di hadapan penyokong Harimau Malaya.

“Tempoh persiapan kami agak pendek. Jika kami dapat berlatih lebih lama kami boleh tampil dengan lebih meyakinkan.

“Tapi itu tidak penting, kami akan guna cara kami untuk perlawanan malam esok dan pemain sudah bersedia turun beraksi di depan penyokong tuan rumah,” katanya seperti dilaporkan Arena Metro.

Advertisements

Selepas menentang Malaysia esok, Turkmenistan akan turun menentang Bangladesh pada 11 Jun sebelum mengakhiri aksi kelayakan dengan menentang Bahrain pada 14 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram