Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan penghargaan kepada Presiden baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Pada Kongres Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif yang diadakan pada Khami, 16 September menyaksikan Dato’ Ab Ghani Hassan kini menyandang jawatan Presiden FAM.
Beliau berjaya memperoleh undian majoriti iaitu sebanyak 20 undi, sekali gus mengetepikan cabaran Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dato’ Sri Shahril Mokhtar bagi posisi tersebut.
DYAM Tunku Ismail dalam satu kenyataan telah menzahirkan ucapan penghargaan kepada Ghani Hassan dan seluruh AJK baharu FAM bagi baki penggal 2025-2029 atas mandat yang diberikan oleh Ahli Gabungan.
“Tahniah kepada Dato’ Ab Ghani Hassan dan barisan kepimpinan baharu FAM yang telah menerima kepercayaan yang jelas dari delegasi-delegasi bagi menerajui bola sepak Malaysia,” ujar Tunku Ismail menerusi satu kenyataan di laman X.
Senarai Pemenang Pemilihan FAM 2026
Presiden: Datuk Ab Ghani Hassan — 20 undi
Naib Presiden 1: Datuk Seri Rosmadi Ismail — 15 undi
Naib Presiden 2: Presiden Malaysian Football League (MFL) — disandang secara automatik mengikut Artikel 33(2) Statut FAM.
Naib Presiden 3: Datuk N. Saaran — 18 undi
Ahli Jawatankuasa Eksekutif – Kategori FA (Persatuan Bola Sepak Negeri): Mohd Azizudin Mohd Shariff — 19 undi, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin — 19 undi, Datuk Alijus @ Mohd Ali Sipil — 15 undi
Ahli Jawatankuasa Eksekutif – Kategori FC (Kelab): Datuk Kamarudin Hassan — 15 undi & Datuk Syed Mahadi Syed Hassan — 15 undi
Ahli Jawatankuasa Eksekutif – Kategori Profesional: Datuk Zainal Abidin Hassan — 22 undi
Ahli Jawatankuasa Eksekutif – Kategori Wanita: Datuk Suraya Yaacob — 15 undi