Advertisement
UCL: Arsenal Belasah PSV
UEFA Champions League
MakanBola
Arsenal

Perlawanan saingan Liga Juara-Juara pagi tadi menyaksikan Arsenal membelasah PSV Eindhoven di Emirates Stadium dengan keputusan 4-0.

The Gunners turun dengan kesebelasan utama yang terbaik sementara PSV tempang tanpa ayam tambatan iaitu Xavi Simons yang sudah berhijrah ke RB Leipzig.

Tiga jaringan dihasilkan di separuh masa pertama dijaringkan oleh Bukayo Saka, Leandro Trossard dan Gabriel Jesus. Sementara, jaringan tunggal pada separuh masa kedua dijaringkan oleh Martin Odegaard.

Kini, The Gunners mendahului kumpulan B dengan 4 jumlah mata dan hanya membezakan tiga mata dibelakang Lens dan Sevilla.

Selepas ini, skuad kendalian Mikel Arteta akan bertemu Lens dan PSV Eindhoven akan menentang Sevilla bagi perlawanan kedua peringkat kumpulan B pada bulan Oktober nanti.

Lihat sorotan perlawanan sebentar tadi: