UCL: Barcelona & Liverpool Alami Derita Sama
MakanBola
FCB/LFC

Dua kelab gergasi Eropah, Barcelona dan Liverpool berkongsi derita dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Ini selepas kedua-dua pasukan tewas kepada lawan masing-masing dengan jumlah gol yang sama.

Liverpool tewas 2-0 kepada juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG). Barcelona pula kecundang 2-0 di tangan kelab senegara, Atletico Madrid.

Desire Doue dan Khvicha Kvaratskhelia mencetak nama sebagai penjaring buat PSG di Parc des Princes.

Kekalahan ini menambah lagi tekanan buat jurulatih Belanda, Arne Slot. Ini kerana Liverpool sudah tewas tiga perlawanan berturut-turut termasuk tewas 4-0 kepada Manchester City di peringkat suku akhir The Emirates FA Cup.

Satu lagi aksi menyaksikan Julian Alvarez dan Alexander Sorloth masing-masing merobek gawang Barca di Camp Nou.

Lebih malang, Pau Cubarsi turut dilayangkan kad merah – satu insiden yang mencetuskan kemarahan jurulatih Barcelona, Hansi Flick.

Kedua-dua pasukan berharap dapat bangkit dalam aksi timbal balik di Riyadh Air Metropolitano, Madrid dan Anfield pada 15 April ini.