UCL: Chelsea Malukan AC Milan Buat Kali Kedua
UEFA Champions League
chelseafc
Advertisements

Perlawanan pagi ini menyaksikan pertembungan diantara Chelsea menentang AC Milan di San Siro berkesudahan dengan jaringan 2-0.

AC Milan dibolosi seawal 18 minit permainan menerusi sepakan penalti yang diambil oleh kapten Chelsea, Jorginho kerana Mason Mount dijatuhkan oleh pertahanan AC Milan, Fikayo Tomori.

Kemudiannya, AC Milan terpaksa beraksi 10 pemain sehingga tamat perlawanan kerana Fikayo Tomori dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Mason Mount.

Advertisements

Pada minit ke-34 permainan, bekas penyerang Barcelona, Aubameyang menggandakan jaringan dengan sepakan deras selepas menerima hantaran pendek daripada Mason Mount.

Ini merupakan kekalahan kedua berturut AC Milan selepas tewas kali pertama di Stadium Stamford Bridge sebelum ini dengan jaringan 3-0.

Kini, The Blues menduduki carta teratas kumpulan dengan 7 mata dalam 4 perlawanan sementara itu AC Milan hanya peroleh 4 mata daripada 4 perlawanan dan berada di tangga ke-3 kumpulan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram