UCL: Chelsea Tetap Jaguh, Tewaskan Dortmund Penuh Bergaya
Eropah
Chelsea FC
Advertisements

Chelsea FC membuktikan mereka dalam kelas tersendiri dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) apabila layak ke peringkat suku akhir.

Aksi yang berlangsung di Stamford Bridge menyaksikan anak didik Graham Potter turun dengan motivasi terbaik dalam usaha memadam defisit satu gol yang dimiliki Dortmund.

Chelsea memulakan rentak dengan cukup apabila serangan bertali-arus oleh trio serangan Kai Havertz, Joao Felix dan Raheem Sterling tampil garang pada babak pertama.

Advertisements

Usaha ini mendapat ganjaran apabila Sterling menghukum kealpaan benteng pertahanan lawan dengan gol pembukaan menerusi rembatan dalam kotak penalti.

The Blues seterusnya dihadiahkan sepakan penalti apabila cubaan Ben Chilwell melakukan hantaran lintang dihalang oleh tangan lawan.

Ketenangan penyerang Chelsea, Havertz yang memperdaya Alex Meyer meletakkan pasukan dalam keduduka selesa.

Advertisements

Bersambung babak kedua, usaha Chelsea lebih banyak dihalang oleh lawan yang hadir lebih agresif.

Kekebalan benteng pertahanan kedua-dua pasukan menyaksikan lebih banyak percubaan dari luar kotak penalti dilakukan.

Perlawanan tamat dengan Chelsea melayakkan diri ke pentas suku akhir dengan agregat 2-1.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram