Advertising
UCL: Janji PSG ‘Ratah’ Barcelona Ditunai, Mara Ke Separuh Akhir
MakanBola
Paris Saint Germain

Jaguh Perancis, Paris Saint Germain (PSG) mengotakan janjinya apabila menundukkan Barcelona untuk ke separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik dengan anak buah Luis Enrique dalam misi memadam defisit 3-2.

Barcelona bagaimanapun berada di depan seawal minit ke-12 hasil gerakan cantik sebelum disudahkan oleh pemain sayap pasukan, Raphinha.

Ad

Baca lain: PSG vs Barcelona

Ad

PSG tidak memberikan ruang kepada tuan rumah apabila giliran Ousmane Dembele meletakkan pasukan terikat 1-1 berakhir babak pertama.

Bersambung babak kedua, Vithinha memberikan sinar buat PSG menerusi gol kedua pasukan di Camp Nou.

Ad
Ad

Keyakinan mula memuncak dalam diri pemain PSG untuk terus memburu dua lagi jaringan penting perlawanan.

Ad

Wira yang ditunggu-tunggu oleh warta kota Paris, Kylian Mbappe akhirnya muncul apabila meledak penalti pada minit ke-61 sebelum ketenangannya pada akhir permainan untuk menyudahkan peluang bagi memastikan aksi tamat dengan keputusan 4-1.

View this post on Instagram

A post shared by Paris Saint-Germain (@psg)

Satu lagi aksi UCL menyaksikan Borussia Dormund juga melakukan kebangkitan dramatik untuk menyingkirkan Atletico Madrid dengan agregat 4-2.