Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan membenam cabaran wakil dari Jerman, RB Leipzig pada awal pagi Khamis.
Setelah menumpaskan dua wakil Itali sebelum ini, Liverpool berkunjung ke laman RB Leipzig yang masih mencari-cari kemenangan pertama di pentas Eropah selepas tewas tipis sebelum ini.
Kesebelasan utama Liverpool ditunjangi nama-nama seperti Mo Salah dan Virgil Van Dijk manakala Bintang Belanda, Xavi Simons bakal menjadi taruhan besar di jentera serangan RB Leipzig.
Penyerang Uruguay, Darwin Nunez meletakkan Liverpool di hadapan di minit ke-27 selepas menanduk cantik hantaran lintang oleh pemain sayap, Mo Salah.
Asakan demi asakan menyaksikan tiada tambahan gol hingga kedua-dua pasukan memasuki bilik persalinan dan memberi kelebihan satu jaringan buat Liverpool.
Separuh masa pertama tamat, RB Leipzig 0-1 Liverpool.
Kembali dari rehat, tuan rumah cuba bangkit namun aksi kebak dari pertahanan The Reds berjaya menggagalkan usaha RB Leipzig mencari jaringan penyamaan.
Perlawanan di Red Bull Arena berakhir dengan keputusan 1-0 buat Liverpool.
Pentas UCL bakal kembali bersambung pada awal November dengan Liverpool menanti kunjungan Bayer Leverkusen dan RB Leipzing bertandang ke Belanda untuk aksi menentang Feyenoord.