UCL: Liverpool ‘Titik’ Atletico Madrid
MakanBola
Liverpool FC

Liverpool mencatatkan kemenangan dalam aksi pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2026-2027 apabila bangkit menewaskan Atletico Madrid.

Tiga mata pertama diperoleh Liverpool pada aksi minggu pembukaan UCL 2026-2027 dengan The Reds berjaya bangkit menundukkan tentangan oleh kelab gergasi LaLiga, Atletico Madrid 2-1, sambil disaksikan para peminat sendiri.

Barisan handalan diturunkan oleh Liverpool dengan Bradley Barcola dan Alexander Isak memikul tugas bagi memburu jaringan manakala Atletico Madrid pertaruhkan gandingan Julian Alvarez dan Lee Kang-in di jentera serangan.

Pelawat tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Marcos Llorente dengan tenang menewaskan penjaga gol Liverpool, Alisson Becker selepas menerima umpanan cantik daripada Julian Alvarez seawal minit ke-17.

Kelegaan dirasai peminat Liverpool apabila anak-anak didik Andoni Iraola kembali menyamakan kedudukan 1-1 menerusi suatu serangan balas pantas yang disudahkan oleh Dominik Szoboszlai ketika babak pertama berbaki 5 minit lagi.

Kebangkitan dijelmakan oleh pasukan tuan rumah ketika mana Alexis Mac Allister menjaringkan gol kedua pada minit ke-50 hasil percubaan dari luar kotak penalti bagi meletakkan Liverpool di hadapan buat kali pertama pada aksi ini.

Serangan demi serangan diatur selepas itu, namun kedua-dua kelab terus buntu untuk menambah jaringan, sekali gus menyaksikan pertemuan di Anfield ini berakhir dengan kemenangan 2-1 memihak pasukan tuan rumah, Liverpool.