UCL: Man United Diaibkan Kelab Turki
UEFA Champions League
Manchester United
Advertisements

Man United terus dilanda krisis apabila dimalukan kelab Turki, Galatasaray dalam aksi kedua Kumpulan A awal pagi tadi.

Selepas tewas kepada Bayern Munich pada aksi pertama, United amat memerlukan kemenangan untuk bangkit dalam Kumpulan A.

Mereka bermula dengan baik apabila penyerang muda Denmark, Rasmus Hojlund menyumbat gol pertama pada minit ke-17.

Advertisements

Bagaimanapun, bekas penyerang Crystal Palace, Wilfred Zaha menyamakan kedudukan enam minit selepas itu. Keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Hojlund kembali meletakkan The Red Devils di hadapan pada minit ke-67.

Advertisements

Begitupun, pelawat kembali menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Kerem Akturkoglu pada minit ke-71. United terus ditimpa malang apabila Casemiro dibuang padang enam minit kemudian.

Bekas penyerang Inter Milan, Mauro Icardi memastikan kemenangan pelawat dengan gol pada minit ke-81. Keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Kekalahan ini dijangka menambah tekanan kepada pengurus Erik ten Hag. Dan pengurus Belanda itu pasti tidak mahu United tewas lagi bila bertemu Brentford pada 7 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram