Manchester City meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah apabila mudah menewaskan RB Leipzig 3-1.
Phil Foden menjaringkan gol pertama Manchester City setelah menerima hantaran daripada Rico Lewis pada minit ke-25 permainan.
City jelas mendominasi perlawanan pada babak pertama apabila mempunyai 9 percubaan ke arah gawang Leipzig namun hanya mampu meraih 1 gol menerusi Foden.
RB Leipzig kemudian berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-48 hasil jaringan Openda yang berjaya menewaskan pertahanan Manuel Akanji setelah menerima hantara Poulsen.
City menggandakan asakan untuk mencari gol kedua dan akhirnya menemui gol tersebut menerusi pemain gantian, Julian Alvarez.
Alvarez menyudahkan hantaran Jeremy Doku pada minit ke-82 untuk gol kedua City.
Jeremy Doku sekali lagi menampilkan aksi cemerlang apabila mencetak gol ketiga pada masa tambahan dan kali ini Julian Alvarez pula melakukan bantuan jaringan.
City menguasai perlawanan dengan 69% penguasaan bola dan melakukan 18 percubaan membuktikan dominasi mereka ke atas RB Leipzig.
City membawa 3 mata berharga setelah menewaskan Leipzig 3-1 dan kini menghuni tangga teratas kumpulan G.