Arsenal dan Atletico Madrid terpaksa akur terikat seri dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Riyadh Air Metropolitano pada awal pagi Khamis.
Pertemuan timbal balik pertama UCL ini menyaksikan Arsenal dan Atletico Madrid masing-masing tampak agak buntu bagi mencari jaringan selepas aksi 90 minit berkesudahan seri 1-1.
Jentera serangan Atletico Madrid dibarisi oleh Julian Alvarez, Ademola Lookman dan Antoine Griezmann manakala Arsenal ditunjangi oleh Martin Odegaard di bahagian tengah bersama Declan Rice.
Jaringan pembukaan akhirnya diperoleh Arsenal pada minit ke-44 menerusi tendangan penalti Viktor Gyokeres selepas penyerang Sweden tersebut dijatuhkan oleh pemain Atletico Madrid.
Separuh masa kedua bermula dengan giliran Atletico Madrid memperoleh sepakan penalti selepas bola mengenai tangan Ben White dan Julian Alvarez tak mensia-siakan peluang itu pada minit ke-56.
Aksi separuh akhir pertama di Riyadh Air Metropolitano ini berakhir dengan keputusan seri 1-1 ketika mana perlawanan timbal balik kedua bakal berlangsung pada 6 Mei di Stadium Emirates.