UCL: PSG Dibelasah Newcastle United
UEFA Champions League
Newcastle United FC
Advertisements

Kelab gergasi Perancis, PSG seakan tidak percaya apabila menjadi mangsa amukan Newcastle United dalam aksi kedua Kumpulan F awal pagi ini.

Selepas meraih keputusan terpuji dengan mengikat A.C. Milan tanpa jaringan di San Siro, The Magpies teringin melakar kemenangan pertama dalam kejohanan Eropah dalam tempoh 20 tahun.

Manakala Les Parisien berharap dapat meraih kemenangan kedua selepas menundukkan Borussia Dortmund pada aksi pertama.

Advertisements

Tuan rumah bermula dengan langkah kanan menerusi Miguel Almiron pada minit ke-17. Gol tersebut menjadikan beliau pemain Newcastle pertama menjaringkan gol di Eropah sejak Alan Shearer melakukannya pada 2003.

Pelawat cuba bangkit tetapi anak jati Tyneside, Dan Burn menanduk bola melepasi Gianluigi Donnaruma pada minit ke-39.

Advertisements

PSG membantah gol Burn atas alasan beliau mengasari Milan Skriniar semasa menjaringkan gol. Bagaimanapun, gol tersebut dikira selepas diperiksa oleh VAR.

Bersambung pada babak kedua, seorang lagi anak jati Newcastle mencipta nama sebagai penjaring. Giliran Sean Longstaff melakukannya pada minit ke-50.

Advertisements

PSG merapatkan jurang pada minit ke-56 menerusi Lucas Hernandez. Bagaimanapun, sisa perjuangan mereka ditamatkan menerusi rembatan jarak jauh Fabian Schar pada minit ke-91.

Keputusan 4-1 ini kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini melonjakkan The Magpies sebagai pendahulu Kumpulan F dengan empat mata diikuti oleh PSG.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram